Tuesday, July 22, 2008
nostalgia..teater yang dipentaskan
kih...kih...kelakarnyer...aku dah dpt tajuk n watak yg aku akan lakonkan...jadi farah...remaja zaman sekarang...kiranyer teater yg akan dipersembahkan nie...melalui 3 zaman...siap ada watak hang tuah n hang jebat tuh...ape-ape pun teater akan dipersembahkan pada 30 julai 2008 ari sabtu...hasilnyer..tak tahu?..tengok la nanti
Friday, July 11, 2008
kene berlakon
sem akhir aku kat upm nie payah la....aku kene memenuhi tugasan yg diberikan pensyarah...puih...berpeluh..mana tak nyer aku kene berlakon...ape ke senang bebenor?aiseh...thambey...jenuh lak aku...aku nie malu n suka ketawa...so mcm mene nak berlakon...50% beb markah pensyarah nak bg...kene pulun btul2 nih...aku akan cuba sedaya upaya....kene berlakon drama purbawara...kih3..ceh...ingat tak bole...mesti boleh nyer...aku jd dayang senandung leh tak?...kah3...poyo soyo...
sibuk...uwaaa!!!
Friday, June 27, 2008
Rumah mak n Abah di Kampar
Cuti dua minggu masa cuti sekolah aku abiskan masa di umah mak n abah di kampar...seronoknya...dah lama tak balik...mkn dap2.... best sgt...seminggu jek...minggu ke2 aku kene blk coz aku ada peksa final sem8 kat UPM...mak pun cuti....adik2 terutama nya cik yang blk dr sabah...posting kudat...kah3...sian adik aku....tp takpe cari pengalaman seberapa byk yag dpt....seronok merantau nie....sian mak semua ank2 jauh2 kecuali adik bongsu fitrah,thn nie dia amik SPM...semoga berjaya dik.....
Thursday, June 26, 2008
Gambar Sukan Tahunan SKTAAM
Nie antara gambar2 semasa sukan tahunan
Sk Tun Abdul Aziz Majid..Panas tuh!!!..Pening kepala sebab tuh duduk bawah khemah alatan...tgk tu ada kumbang hensem seekor kat situ...kalau nak th cikgu2 TAAM nie suka bergambar..pantang ada yg bawak kamera mesti bersama2 join...kih3...anyway semuanya lega setelah sukan berakhir....
Thursday, June 19, 2008
Penat...
Ari sabtu nie akan diadakan sukan tahunan sekolah aku...penatnya tak th nak ckp..tiap2 ari latihan sukan sampailah sukan sabtu nie...budak2 pun tak belajar lepas waktu rehat..so suka betul anak murid aku tak belajar..minggu depan baru belajar sepenuhnya..jaga ko budak2...byk kerja teacher nak bg nie...insyaallah,bila dah ada gambar sukan aku akan letakkan dkt blog aku nie yer...nanti korang tgk2 la....he..he...
Monday, May 26, 2008
Pengenalan diri serta keluarga
Ini gambar suami tersayang, Mohd Hazimin Hilmi Bin Abas.
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan serta sesiapa yang membuka blog saya ini.Tujuan blog diadakan adalah memenuhi tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Dr.Normaliza. Semoga dengan adanya blog ini,saya dapat bertukar-tukar pandangan dan mendapat input yang berguna buat diri saya.
Koleksi barang antik suamiku..antik ker?
Friday, May 23, 2008
Kelahiran yang dinantikan



Orang kata anak-anak adalah harta yang tidak ternilai harganya. Begitu juga dengan aku kelahiran ketiga-tiga anakku amat dinantikan. Walaupun tidak dikurniakan anak lelaki,tetapi aku bersyukur anakku dilahirkan semuanya selamat serta sihat. Insyaallah,dilain masa aku akan berusaha untuk mendapatkan anak lelaki untuk suami tersayang. Dan ingatlah setiap anak ada rezeki masing-masing. Dan kawan-kawan, ingatlah jangan disekat rezeki yang ditentukan Tuhan,kita sebagai umat harus bersyukur dengan segala limpahan yang dikurniakanNya.Thursday, May 22, 2008
Kenangan Hari Raya Tahun Lepas



Gambar-gambar ini diambil semasa Hari Raya Puasa tahun lepas di rumah mak mertua,di Bandar Baru Bangi. Sewaktu gambar ini diambil,aku tengah sarat mengandungkan anak yang ketiga,Nina.Kiranya tengah tunggu masa nak bersalin..Waktu nie,bukan main banyak aku makan..semua sedap-sedap.Gambar diatas ni ialah abang, kakak dan adik-adik ipar serta mak dan bapa mertua. Kalau nak tahu bapa mertua aku ni,Tuan Haji Abas Salleh dulu kerja kat UPM sebagai Timbalan Pendaftar sebelum En Abdul Munim. Sekarang ni dah pencen. Begitu juga dengan mak mertua aku,Hjh Rawiyah Ahmad adalah Kaunselor SMK Bandar Baru Bangi. Dah pencen jugak,sekarang ni sibuk melayan cucu-cucu seramai 5 orang. Bahagia rasanya...
Friday, May 9, 2008
Petua Dapur
Jadikan kari lebih enak
Kari adalah masakan kegemaran bagi pelbagai kaum di negara kita. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk menambahkan keenakan rasa kari dan antaraya adalah dengan membancuh kari bersama air dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Gunakan rempah tersebut di keesokkan harinya, pastinya masakan berkenaan menjadi lebih enak.
Kari adalah masakan kegemaran bagi pelbagai kaum di negara kita. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk menambahkan keenakan rasa kari dan antaraya adalah dengan membancuh kari bersama air dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Gunakan rempah tersebut di keesokkan harinya, pastinya masakan berkenaan menjadi lebih enak.
Melazatkan ikan beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan rasa lebih tawar dan kelihatan tidak segar. Untuk itu,rendamkan ikan di dalam susu segar selama 15 minit.Kemudian, anda boleh memasak ikan mengikut selera dan anda akan dapati ikan berasa lebih enak.
Masak lemak cili lebih enak
Masukkan air kelapa bagi menggantikan air di dalam parutan kelapa. Biarkan seketika dan perah kelapa seperti biasa untuk mendapatkan santannya. Insyaallah, masakan anda akan terasa kelainannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





