Thursday, May 22, 2008

Kenangan Hari Raya Tahun Lepas




Gambar-gambar ini diambil semasa Hari Raya Puasa tahun lepas di rumah mak mertua,di Bandar Baru Bangi. Sewaktu gambar ini diambil,aku tengah sarat mengandungkan anak yang ketiga,Nina.Kiranya tengah tunggu masa nak bersalin..Waktu nie,bukan main banyak aku makan..semua sedap-sedap.
Gambar diatas ni ialah abang, kakak dan adik-adik ipar serta mak dan bapa mertua. Kalau nak tahu bapa mertua aku ni,Tuan Haji Abas Salleh dulu kerja kat UPM sebagai Timbalan Pendaftar sebelum En Abdul Munim. Sekarang ni dah pencen. Begitu juga dengan mak mertua aku,Hjh Rawiyah Ahmad adalah Kaunselor SMK Bandar Baru Bangi. Dah pencen jugak,sekarang ni sibuk melayan cucu-cucu seramai 5 orang. Bahagia rasanya...

No comments: